Journal Biologi Ikan melabelkan penemuan seekor anak jerung berkepala dua adalah yang pertama di dunia selepas seorang nelayan di teluk Mexico menjumpainya pada 2011.
Dipetik MailOnline, menurut saintis Universiti Negeri Michigan (MSU), Amerika Syarikat, anak jerung itu dijumpai di dalam rahim jerung dewasa susulan insiden tumpahan minyak di kawasan gerudi minyak Deepwater Horizon.
Pengimbas MRI mendedahkan anak jerung ini memiliki sistem hati dan perut berlainan tetapi berkongsi badan serta ekor. Jerung Yu adalah spesies tunggal jerung yang menyerang manusia selain ia amat popular di kalangan nelayan kerana sifat agresifnya.
Penolong profesor perikanan dan hidupan liar MSU, Michael Wagner berkata, hidupan akuatik berdarah panas itu berkemungkinan mati selepas dilahirkan.
"Kebanyakan haiwan yang dilahirkan berkepala dua tidak akan hidup lama sejurus dilahirkan dan dalam kes ini, anak jerung ditemui nelayan mati ketika ditemui," katanya sambil mengakui bangkai anak jerung itu kini disimpan di jabatan sains marin di Kolej Komuniti Florida Keys.
p/s : Kuasa Allah..